Selasa, 13 Mac 2012

DIRANG PERGI JUA

Seluruh rakyat di negara ini pasti berkongsi kesedihan bersama keluarga, Adik Dirang yang telah disahkan oleh polis kontijen Johor mati dibunuh. Perkara yang berlaku ini perlu dijadikan iktibar bagi semua ibubapa, dalam kes ini tida siapa perlu dipersalahkan, penulis berharap pembunuh Adik Dirang akan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Kepada semua ibubapa, jangan mengambil mudah dalam menjaga anak-anak anda, walaupun kawasan sekitar rumah dirasakan selamat, kita tidak tahu siapa yang memerhatikan kita, jangan biarkan anak-anak anda keseorangan. Kepada keluarga Adik Dirang penulis ucapakan takziah semoga tabah menerima dugaan yang berat ini, marilah kita semua belaja mengenal jiran kerana jika terjadi sesuatu orang disekitar mungkin boleh membantu.

Rabu, 1 Februari 2012

CARI DUIT TANPA MODAL

Percaya ke? mana ada orang malaysia nak percaya, sifat orang malaysia biar rugi beribu janji nampak kuar modal biar kena tipu janji nampak banyak duit, nak kata bodoh ramai yang terplajar ditipu, satu sifat orang malaysia yang paling teruk adalah malas nak membaca, berapa ramai orang malaysia baca surat khabar setiap hari? tak ramai pun , kalau ramai tak akan lah masih ada yang ditipu dengan email-email yang dihantar kononnya dari pihak bank, sedangkan dalam surat khabar dah banyak sangat berita berkaitan mereka yang hilang duit setelah log in melalui e-mail yang dihantar tersebut.

Nak mencari duit tanpa modal ada caranya tapi perlukan ilmu pengetahuan perlu rajin mencari e-book percuma dari internet dan baca, jangan jadi orang bodoh sombong, dah lah bodoh tak boleh nak diajar tapi sombong nak bertanya, jangan lah jadi orang yang sesat jalan tapi malu nak berpatah balik, biar kita diketawakan orang kerana kita bertanya sesuatu, pedulikan senyuman sinis orang terhadap kita yang penting diri kita tidak ditipu,

Ada yang tak tahu apa itu E-Book? nanti aku terangkan apa itu E-Book, dan dah ramai buat duit dengan E-Book, Ini ada satu E-Book percuma dari sahabatku lihat lah
http://www.hyperfanpage.com/hop.php?ref=mrkamil

Isnin, 30 Januari 2012

DUIT OH DUIT

Duit penting? semua orang akan kata duit penting, tanpa duit tak makan lah jawabnya, betul ke?
kalau dah tau duit tu penting kenapa tak bekerja? kenapa malas ? mengharapkan duit orang? sebab duit juga ada yang sangup mati , sangup bergaduh,sebab nak cepat kaya lah ada yang join macam-macam skim , skim cepat dapat duit lah, skm cepat merana lah, skim cepat mati lah, konon-konon boleh cepat kaya akhirnya menangis di tangga rumah sebab duit simpanan dah lebur, menangis keluar air mata darah sekalipun tak akan dapat semula.

Kenapa jadi macam tu?kata tadi duit tu penting, kalau penting kenapa mudah sangat nak bagi pada orang duit yang dah berpuluh tahun disimpan, penat lelah selama ni hilang sekelip mata, itulah orang tamak selalu rugi, ada  institusi yang sepatutya dilaburkan duit tu tak nak, nak juga pergi ke jalan janji manis bak gula tebu, kalau dapat gulanya tahan lah juga, kalau tak hampasnya pun tak merasa, nak salahkan siapa? salahkan orang yang ajak melabur tu? orang tu tak salah awak yang bodoh, orang kata labur RM100 boleh jadi sejuta awak pun berlari-lari melabur duit nak pergi haji, itulah jangan cepat gelap mata orang datang naik BMW,Mercedes, awk pun kata orang tu kaya, ya ke orang tu kaya? kalau betul dia kaya kenapa tak dibawah buku bank? tak dibawa duit bertimbun-timbun, takut kena rompak katanya kalau bawak duit banyak, awak pun percaya bulat-bulat kononya nak ikut pepatah lama lah , "BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT"  masalahnya awak je yang bulat dia tak bulat dia bengkok je.

Itulah termenung sepuluh tahun pun tak akan dapat semula, ingatlah jangan sebab nak kaya cepat habis harta benda dijual, ingatlah jangan disebabkan mulut manis, janji gula tebu boleh beli istana, duit yang selama ini disimpan rapi hilang lebur, biar hidup sederhana dari hidup merempat sebab tamak. Tak akan ada kepuasan lain selain dari duit yang diperolehi sendiri yang penting halal.

ETIKA

Sebut pasal etika ni skop dia luas merangkumi pelbagai aspek baik dari segi pekerjaan atau pun kehdupan seharian. Tapi yang penulis nak sentuh bukan berkaitan pekerjaan tapi penulisan di laman-laman sesawang, di blog. Kalau kita lihat dah jadi macam satu trend meuahkan rasa ketidakpuasan hati di laman-laman sesawang, tulis ikut sedap, tak berfikir implikasi keatas diri sendiri dan orang lain, mentang-mentanglah dia punya diding, jadi segala jenis kekotoran nak di calit, nak digembar-gemburkan, masa menulis bukan main seronok, tak ada fikir pun apakah yang ditulis itu akan mengaibkan orang lain atau mendatangkan musibah pada diri sendiri.

Ada juga yang kata dinding aku suka hati akulah nak coret apa kau sibuk apa,tau lah awak tu nak orang ramai bagi komen tapi etika menulis , implikasi terhadap diri mesti diambik kira, jangan ikut sangat rasa marah,dendam, dan nak buat lawak yang konon-kononnya mengelikan hati tapi pada hakikatnya mengotorkan hati je. Kalau apa yang dicoret tu sesuatu perkongsi yang bermanfaat tak salah pun, info-info yang berguna kepada para pengguna laman-laman sesawang, kepada pembaca-pembaca blog, biarlah kita yang menulis ni memberikan sesuatu yang menjadi panduan,teladan dan perkongsian yang kekal.

Jangan sesekali mengejar populariti dengan mengaibkan sesama manusia, tak berkat hidup jika disumpa seranah, tak kekal populariti jika naik diatas keaiban orang lain, jangan jadikan internet medium caci maki, jadikan internet medium perkongsian ilmiah yang bermanfaat.