Isnin, 30 Januari 2012

DUIT OH DUIT

Duit penting? semua orang akan kata duit penting, tanpa duit tak makan lah jawabnya, betul ke?
kalau dah tau duit tu penting kenapa tak bekerja? kenapa malas ? mengharapkan duit orang? sebab duit juga ada yang sangup mati , sangup bergaduh,sebab nak cepat kaya lah ada yang join macam-macam skim , skim cepat dapat duit lah, skm cepat merana lah, skim cepat mati lah, konon-konon boleh cepat kaya akhirnya menangis di tangga rumah sebab duit simpanan dah lebur, menangis keluar air mata darah sekalipun tak akan dapat semula.

Kenapa jadi macam tu?kata tadi duit tu penting, kalau penting kenapa mudah sangat nak bagi pada orang duit yang dah berpuluh tahun disimpan, penat lelah selama ni hilang sekelip mata, itulah orang tamak selalu rugi, ada  institusi yang sepatutya dilaburkan duit tu tak nak, nak juga pergi ke jalan janji manis bak gula tebu, kalau dapat gulanya tahan lah juga, kalau tak hampasnya pun tak merasa, nak salahkan siapa? salahkan orang yang ajak melabur tu? orang tu tak salah awak yang bodoh, orang kata labur RM100 boleh jadi sejuta awak pun berlari-lari melabur duit nak pergi haji, itulah jangan cepat gelap mata orang datang naik BMW,Mercedes, awk pun kata orang tu kaya, ya ke orang tu kaya? kalau betul dia kaya kenapa tak dibawah buku bank? tak dibawa duit bertimbun-timbun, takut kena rompak katanya kalau bawak duit banyak, awak pun percaya bulat-bulat kononya nak ikut pepatah lama lah , "BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT"  masalahnya awak je yang bulat dia tak bulat dia bengkok je.

Itulah termenung sepuluh tahun pun tak akan dapat semula, ingatlah jangan sebab nak kaya cepat habis harta benda dijual, ingatlah jangan disebabkan mulut manis, janji gula tebu boleh beli istana, duit yang selama ini disimpan rapi hilang lebur, biar hidup sederhana dari hidup merempat sebab tamak. Tak akan ada kepuasan lain selain dari duit yang diperolehi sendiri yang penting halal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan