Sebut pasal etika ni skop dia luas merangkumi pelbagai aspek baik dari segi pekerjaan atau pun kehdupan seharian. Tapi yang penulis nak sentuh bukan berkaitan pekerjaan tapi penulisan di laman-laman sesawang, di blog. Kalau kita lihat dah jadi macam satu trend meuahkan rasa ketidakpuasan hati di laman-laman sesawang, tulis ikut sedap, tak berfikir implikasi keatas diri sendiri dan orang lain, mentang-mentanglah dia punya diding, jadi segala jenis kekotoran nak di calit, nak digembar-gemburkan, masa menulis bukan main seronok, tak ada fikir pun apakah yang ditulis itu akan mengaibkan orang lain atau mendatangkan musibah pada diri sendiri.
Ada juga yang kata dinding aku suka hati akulah nak coret apa kau sibuk apa,tau lah awak tu nak orang ramai bagi komen tapi etika menulis , implikasi terhadap diri mesti diambik kira, jangan ikut sangat rasa marah,dendam, dan nak buat lawak yang konon-kononnya mengelikan hati tapi pada hakikatnya mengotorkan hati je. Kalau apa yang dicoret tu sesuatu perkongsi yang bermanfaat tak salah pun, info-info yang berguna kepada para pengguna laman-laman sesawang, kepada pembaca-pembaca blog, biarlah kita yang menulis ni memberikan sesuatu yang menjadi panduan,teladan dan perkongsian yang kekal.
Jangan sesekali mengejar populariti dengan mengaibkan sesama manusia, tak berkat hidup jika disumpa seranah, tak kekal populariti jika naik diatas keaiban orang lain, jangan jadikan internet medium caci maki, jadikan internet medium perkongsian ilmiah yang bermanfaat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan